BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

1,2,3 i love you....(4)

Dua buah kereta Mazda RX7 berwarna Silver dan Merah meluncur laju memasuki kawasan Sekolah, membuatkan pelajar yang berada berhampiran tercengang+ternganga+terkejut dan segala macam 'ter' lagilah.


Ishqal Qarni bin Dato Musaffar@Qal,
Haris Daniel bin Dato Kamarulzaman@Rez,
Danish Haikal bin Dato Saharuddin@Dan, dan
Azim Hakimi bin Dato Nadzir@Jim.

Empat sahabat melangkah keluar dari kereta masing-masing, Dengan penuh gaya dan serta merta mereka dikerumuni para pelajar yang berada disitu, sebiji macam Yb datang melawat kawasan sambutan yang diberikan.


"Wei hensemnya diorang! Sheila." Elina bersuara sambil mulut ternganga..


"Kalaulah aku dapat."Sheila dah mula perasan.


"Engku mesti suka ni kalau kita laporkan tentang PoP4 ni bakal bersekolah disini.." Dimata Sheila dan Elina terbayang ayam di Kenny Rogers yang teramatlah sedap tambah-tambah lagi mereka tidak perlu mengeluarkan sesen pun semuanya ditanggung oleh Engku Sofea...


"Wei korang apehal aku rase macam popular sangat ni?"
Qal pelik apabila mereka dikerumuni sebilangan besar pelajar yang terdiri dikalangan pelajar perempuan.


"Well, takkan kau tak tahu memang beginila sambutan yang diterima kita setiap kali kita berpindah sekolah.." Rez melemparkan senyuman manis kepada peminat tidak diketahui didepan mereka..


Memang tak dinafikan mereka berempat memang punya segalanya yang diimpikan orang lain, tak hairanlah mereka digelar PoP4. Oleh kerana gelaran itulah mereka terpaksa berpindah sekolah untuk kali keempat kerana pengetua sekolah dah tak tahan nak memberikan denda kepada para pelajar kerana kerap ponteng kelas semata-mata nak mengekor keempat-empat sahabat itu.


"Aduh, senyuman diaorang!"
Terdengar bisikan-bisikan halus yang tak habis-habis lagi memberikan komen mereka terhadap keempat-empat mahluk Allah kat depan mereka.



"Wei aku bengang betol dengan minah sengit tu!" Mel bersuara.

"Relax la Mel, bukan kau sorang jer yang bengang... Aku ni da naik menyampah tengok perangai dia tu,.. ber Engku-engku dengan orang suruhan dia si Sheila tu ape dia ingat ni zaman dahulukala ape?" Qin buat muka bosan.


"Relax la wei! si minah senget tu takkan berani nak buat bukan-bukan mase ni... tapi kalau dia buat jugak well........Tau la nasib dia.." Sya sengih sambil mengankat keningnya ala-ala ziana zain...


"Well,, kita tak mungkin nak melepaskan peluang nak menglamorkan diri macam selalu ye tak?" Tambah Sya lagi.


Dimata terbayang peristiwa yang mengakibatkan mereka didenda oleh cikgu Bahtiar a.k.a bapak rimau, seminggu sebelum cuti sekolah yang lalu..


Ceritanya macam ni, mase tu aku,Mel,Qin,Tatty buat plan nak melancarkan misi terhadap si minah senget tu..heheh sape lagi kalau bukan si Peah@Engku sofea@minah senget tu...

Mase tu kitaorang geram sangat dengan dia yang sesuka hati tenuk dia jer kata kitaorang ni geng tomboy sekolah.. Fuh ape lagi panas la telinga kitaorang ni dimalukan macam tu dah la dia tu cakap kat depan budak-budak lelaki yang dikira top jugaklah di SMK Seri Mawar ni..

Tengah duk syok mengskodeng si minah senget tu untuk melancarkan misi katak puru.. tiba-tiba kami ditegur oleh si Bapak rimau dari arah belakang, oleh kerana terkezut beruk+cipanzi bekas katak yang dipengang oleh Tatty tercampak elok ke muka Cikgu Bahtiar@bapak rimau..


Dan secara automatik,fantastik,bombastiknya cikgu Bahtiar menjerit geli geleman....Mak ai memang buruk seyh...sebiji macam kucing betina kena geletek...
Dan kitaorang pun ape lagi bantailah gelak sakan sebab dah memang senak perut akibat tahan gelak..1,2,3 wakaka..Terburailah isi perut kitaorang tu gelak sampai tak ingat dunia dah siap guling-guling lagi...Memang kelakar giler time tu harap muka je garang tapi takut katak...


Tapi bak kata pepatah 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' tambah-tambah lagi dengan cikgu, dosa woo... Dan disebabkan tu lah kami berempat didenda berjemur tengah panas kat tengah-tengah padang...fuh hitam berkilat time tu, tujuh hari tujuh malam kitaorang mandi susu...


"Hoi Sya!!! sergah Iqin.


"Kau ni apehal? punyalah lama aku panggil sampai nak keluar anak tekak aku ni tau tak!.. Kau boleh pulak buat dunno jer..."


"Hah! yeke? sory-sory aku tak perasan tadi." Sya tayang muka tak bersalah.


Iqin menjegilkan matanya.. Biar betol budak ni, punyalah kuat aku panggil tadi rase-rase adalah dalam 1km punya jarak orang boleh dengar.. Buktinya budak-budak yang duduk kat laman bestari yang jaraknya punyalah jauh dari kitaorang pun boleh duk tertoleh-toleh tengok aku panggil si Sya ni yang kentut pun boleh dengar, mane tak dengar cuma dua langkah jer jaraknya dengan aku...


"Ish..Kau ni ada masalah telinga ker? kalau ada baik kau pegi hospital buat check up cepat-cepat risau aku." Iqin tayang muka tenuk..


"Woi! mulut kau, ni aku nak tanya ada insurans ke tak? meh aku cili sikit mulut kau.."


"Hehe.. Relax r Sya... Tulah aku panggil punya kuat kau tak dengar tu yang aku musykil sikit tu.."


"Ala, Qin aku bukan ape, aku teringat denda kita sebelum cuti sekolah aritu..hehehe kelakar kan?" Sya sengih kambing


Iqin tersengih sendirian bila terkenangkan peristiwa didenda CBR.. Gara-gara nak melancarkan perang katak puru dengan si Peah kerek tu...


Ish.....Iqin ni tadi bukan main duk mengata aku, ni dia pulak yang duk tersengih sorang-sorang macam monyet kat zoo pulak dah aku tengok...hehe sempat lagi kutuk member...


"Woi Qin! sudah-sudah la tu.. Tadi bukan main kau mengata aku, ni kau pulak take over..hahaha" Sya menyakat..


Iqin mencebik...


"Eh Qin!.. Mane perginya Mel dengan Tatty?" Sya melihat sekeliling mencari kelibat kakaknya dan Tatty


"Tulah kau, aku panggil tadi nak bagitahu Mel dengan Tatty pergi tandas diorang suruh kita masuk kelas dulu." Iqin menerangkan niat sebenar dia memanggil Sya yang duk berangan tadi..


"Lorh!! yeke? hehehe.. Dah la jom kita masuk kelas." Sya menarik tangan Qin menuju ke kelas 5sn 1..


1,2,3 i love you...(3)

kringg!!!!
loceng sekolah berbunyi menandakan perhimpunan bakal dilangsungkan sebentar lagi. Memang menjadi rutin harian setiap hari isnin akan diadakan perhimpunan untuk memberi maklumat kepada para pelajar.

Dari jauh kelihatan empat sahabat berlari menuju ke destinati yang da sedia maklum, ape lagi ke pagar sekolah la...

"wei! korang pun lambat ker?" Mel menegur Tatty dan Iqin yang ikut same berlari, mereka bertembung dari dua simpang yang berlainan.

"Tak la, aku dengan Iqin tengah main bola ni!.. ish kau ni tak nampak ker yang aku pun join korang ni? da tentu-tentula lambat...ngok!.."

Mel dan Sya tersengih, ye tak ye gak...

"kita ikut pintu belakang, pintu depan confrim tak selamat punye!.." Sya bagi idea bernas nak mengelak dari bapak rimau...

"orait!" empat sahabat da melencongkan arah larian pecut mereka ke pintu belakang sekolah. Tujuannya hanya satu untuk mengelakkan diri bapak rimau a.k.a cikgu bahtiar yang all the time uniformnya t.shirt ngan track suit...

"ok wei, line clear!" Iqin membuat isyarat thumbs up, mengconfrimkan keadaan..

"set!" empat thumbs up dinaikan..

"ehem..ehem"

Aik asal aku rase macam kenal jer? Mel menggaru-garu kepalanya yang tak berapa gatal.. Dia toleh sebelah melihat Sya,Tatty dan Iqin yang dalam keadaan pegun.. mungkin memikirkan pekara yang same...

"Wei-Wei, kau dengar tak ape yang aku dengar?" Sya kuar soalan yang memang dinantikan...

"aku rase aku dengar ape yang kau dengar tu!" Giliran Iqin plak..

"aku pun" Tatty pun tak lepas peluang

Enam pasang mata memandang kearah Mel, seolah-olah menantikan jawapan yang same..

Mel mengganguk, mengconfrimkan perkara yang diorang dengar sebentar tadi memang tak salah..ish ni yang aku confuse ni benda alah pela yang mengeluarkan bunyi tadi...

"Wei ntah-ntah" Tudia Sya kuar ayat tergantung..

"wei ko jangan nak mengarut, mane da antu pepagi buta ni!" Tatty menyampuk sebelum Sya menghabiskan ayatnya...

"Salam!" lembaga dibelakang mereka bersuara.. wah suka ati diorang jer anggap aku ni hantu.. tak masuk akal langsung..aku sekeh gak diorang ni sume. Dala first day sekolah pun lambat, ada hati lagi tu nak ngelat menyusup ikut pintu belakang.. Nasik baik aku standby dulu kat sini..

"wei hantu bagi salam ker?" Tatty buat muka toye
serta merta tiga tangan mendarat kat kepala Tatty yang nyata-nyata tak ready langsung dengan hadiah istimewa itu...

"Woi! pe ni? sakit r...bapak aku bayar zakat tau.."

"padan muka kau, yang kau mengarut tak tentu pasal tu kenapa!." Mel pandang tiga saat kearah Tatty

"tapikan aku rase macam kenal jer sore ni!. Tapi kat mana erk?" Sya melurut-lurutkan dagunya gaya orang tangah pikir masalah negara..

"Aik! tak kan tak kenal suare saya kot?"

Dan dengan secepat+sepantas+selaju dan anak beranak 'se' lagila, mereka berempat menoleh kebelakang.. Dilihat cikgu Bahtiar a.k.a bapak rimau tengah duk senyum kambing...

erk..empat sahabat menelan air liur, yang rase-rasenya da macam tersekat kat kerongkong...

"mmm, bagus betul la teori awak tadi Tatty!"

Alamak mati aku..Muka Tatty da pucat gler da..

"Kamu salah set waktu jam ker? Kamu ikut waktu ape hah? zimbawei?.. Hari pertama sekolah pun boleh lambat, dah la tu ada hati nak ngelat ikut pintu belakang."

"Waktu Isketambolla cikgu.. Ops!." Mel menekup mulutnya tersedar ketelanjuaranya tadi..Uih.. suara aku ke tu? Mel da rase macam nak pitam da, ish..mati aku..waaa mama! papa! help me please.....

Cikgu Bahtiar membeliakkan matanya tak sangka jawapan yang diberikan oleh Mel sebentar tadi.. wah ni sudah lebih, berani lawan tokey..

"Owh, pandai menjawab ye..Kamu berempat saya denda kutip sampah yang ada sampai penuh satu tong sampah,..selagi tak penuh jangan masuk klass!." "Faham?"

"faham cikgu!."
Empat sahabat mengganguk lemah...

"woi! dala tu jom cepat, kita siapkan sebelum bapak rimau tu jadi bapak beruang baik kita wat dulu." Sya menasihati kawan-kawannya..mmm pe nak wat da memang salah diorang pun, hari pertama sekolah da lambat, tula pandai sangat suruh atuk berhentikan kereta kat hujung selekoh konon tak mahu menunjuk.

Tengku Sharifuddin B. Tengku Hussien. Seorang ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai aset berjuta. Dan sekarang perniagaanya diambil alih oleh anak dan menantunya Dato Tengku Johari dan Datin Sharifah Noor Azlina, papa dan mama kepada si kembar Puteri Mia Melissa dan Puteri Mia Syakilla satu-satunya waris empayar Tengku Sharifuddin dan Raja Khalidah. Oleh kerana itulah identiti Mel dan Sya dirahsiakan dari pengetahuan umum, serik dengan peristiwa Mel dan Sya yang hampir diculik semasa berusia enam tahun.

Kemasukkan Mel dan Sya diuruskan sepenuhnya oleh atuk mereka dengan pengaruh yang ada identiti mereka dirahsiakan, hanya pengetua, Tatty dan Iqin yang mengetahui keadaan yang sebenar.. Pengetua merupakan kawan baik atuk, Tatty dan Iqin pula merupakan sahabat mereka sejak kecil, dan sudah dianggap seperti adik beradik.

Dari jauh empat pasang mata sedang melihat dan ketawa senang dengan denda yang dialami oleh empat orang sahabat itu.

"Engku memang pandai la macam mana engku tahu yang diorang tu akan masuk ikut pintu belakang tadi?" tanya sheila...

"Ai.. pakai otak la orang kalau da salah takkan nak serah diri,."Baru padan dengan muka diorang.. itula padahnya kalau berani melawan aku. Tengokla kalau mereka berani nak menmbat hati jejaka-jejaka idaman SMK Seri Mawar lagi taula aku nak buat ape..Engku Sofea tunjuk muka puas hati.

"Adoiyai! sakitnya urat sendi aku" Iqin mengomel sambil mengurut-urut tengkuknya yang sengal akibat tertunduk-tunduk mengutip sampah.

"wei ko ingat ko sorang je ker?" Mel menyambung.. "Aku ni ha sampai nak tercabut urat tangan aku ni angkat tong yang giler berat tadi.. Sekolah ni kalau tak dapat anugerah sekolah terbersih aku tak tau la nak cakap ape! Satu kawasan sekolah kita discover..."

"Tau tak pe!" Tatty dan Sya jawab serentak...

Slasph.... dengan tibe-tibe tenuk je satu bungkusan air yang berbaki sedikit dilempar ke arah mereka.. Habis baju kurung yang berwarna putih bertukar warna..

"Ops.. Sorry- sorry sengaja, engku nak buang dalam tong sampah tadi tak perasan korang ada kat sini" Engku Sofea buat muka innocent..
hehe baru padan muka korang, memang aku sengaja baling kat korang pun... itula padahnya kalau nak tunjuk teror..

"Wei kau ni memang sengaja r cari pasal" Mel dah bengang.. Teringat peristiwa dia jatuh tergolek lebih membuatkannya panas.

Engku Sofea buat bodoh...

Membuatkan empat sahabat tu tersangatlah bengang. Dahla langsung tak minta maaf, boleh pulak buat bodoh..

"Jom Engku kita masuk klass, Tak payah layan diorang ni.." Shiela pulak memandai.


Wah ni sudah lebih.. Anak banggali ni pulak yang memandai..,

Sya mencapai segelas air sirap yang kebetulan tidak habis diminumnya tadi.. Dan tampa seberang isyarat lampu merah,kuning, hijau dia menyedekahkan air tadi kepada Engku Sofea dan Sheila..

"Kau!..." Engku Sofea yang terkejut dengan tindakan Sya tidak mampu berkata-kata..

Sheila geram...

"Cayalah Sya give us five!" Sya terus bergerak kearah sahabat serta kakaknya tadi dengan senang hati menghi5 mereka..Sebelum berlalu mereka sempat membuat flying kiss maut kepada engku sofea dan Sheila..