Dua buah kereta Mazda RX7 berwarna Silver dan Merah meluncur laju memasuki kawasan Sekolah, membuatkan pelajar yang berada berhampiran tercengang+ternganga+terkejut dan segala macam 'ter' lagilah.
Ishqal Qarni bin Dato Musaffar@Qal,
Haris Daniel bin Dato Kamarulzaman@Rez,
Danish Haikal bin Dato Saharuddin@Dan, dan
Azim Hakimi bin Dato Nadzir@Jim.
Empat sahabat melangkah keluar dari kereta masing-masing, Dengan penuh gaya dan serta merta mereka dikerumuni para pelajar yang berada disitu, sebiji macam Yb datang melawat kawasan sambutan yang diberikan.
"Wei hensemnya diorang! Sheila." Elina bersuara sambil mulut ternganga..
"Kalaulah aku dapat."Sheila dah mula perasan.
"Engku mesti suka ni kalau kita laporkan tentang PoP4 ni bakal bersekolah disini.." Dimata Sheila dan Elina terbayang ayam di Kenny Rogers yang teramatlah sedap tambah-tambah lagi mereka tidak perlu mengeluarkan sesen pun semuanya ditanggung oleh Engku Sofea...
"Wei korang apehal aku rase macam popular sangat ni?"
Qal pelik apabila mereka dikerumuni sebilangan besar pelajar yang terdiri dikalangan pelajar perempuan.
"Well, takkan kau tak tahu memang beginila sambutan yang diterima kita setiap kali kita berpindah sekolah.." Rez melemparkan senyuman manis kepada peminat tidak diketahui didepan mereka..
Memang tak dinafikan mereka berempat memang punya segalanya yang diimpikan orang lain, tak hairanlah mereka digelar PoP4. Oleh kerana gelaran itulah mereka terpaksa berpindah sekolah untuk kali keempat kerana pengetua sekolah dah tak tahan nak memberikan denda kepada para pelajar kerana kerap ponteng kelas semata-mata nak mengekor keempat-empat sahabat itu.
"Aduh, senyuman diaorang!"
Terdengar bisikan-bisikan halus yang tak habis-habis lagi memberikan komen mereka terhadap keempat-empat mahluk Allah kat depan mereka.
"Wei aku bengang betol dengan minah sengit tu!" Mel bersuara.
"Relax la Mel, bukan kau sorang jer yang bengang... Aku ni da naik menyampah tengok perangai dia tu,.. ber Engku-engku dengan orang suruhan dia si Sheila tu ape dia ingat ni zaman dahulukala ape?" Qin buat muka bosan.
"Relax la wei! si minah senget tu takkan berani nak buat bukan-bukan mase ni... tapi kalau dia buat jugak well........Tau la nasib dia.." Sya sengih sambil mengankat keningnya ala-ala ziana zain...
"Well,, kita tak mungkin nak melepaskan peluang nak menglamorkan diri macam selalu ye tak?" Tambah Sya lagi.
Dimata terbayang peristiwa yang mengakibatkan mereka didenda oleh cikgu Bahtiar a.k.a bapak rimau, seminggu sebelum cuti sekolah yang lalu..
Ceritanya macam ni, mase tu aku,Mel,Qin,Tatty buat plan nak melancarkan misi terhadap si minah senget tu..heheh sape lagi kalau bukan si Peah@Engku sofea@minah senget tu...
Mase tu kitaorang geram sangat dengan dia yang sesuka hati tenuk dia jer kata kitaorang ni geng tomboy sekolah.. Fuh ape lagi panas la telinga kitaorang ni dimalukan macam tu dah la dia tu cakap kat depan budak-budak lelaki yang dikira top jugaklah di SMK Seri Mawar ni..
Tengah duk syok mengskodeng si minah senget tu untuk melancarkan misi katak puru.. tiba-tiba kami ditegur oleh si Bapak rimau dari arah belakang, oleh kerana terkezut beruk+cipanzi bekas katak yang dipengang oleh Tatty tercampak elok ke muka Cikgu Bahtiar@bapak rimau..
Dan secara automatik,fantastik,bombastiknya cikgu Bahtiar menjerit geli geleman....Mak ai memang buruk seyh...sebiji macam kucing betina kena geletek...
Dan kitaorang pun ape lagi bantailah gelak sakan sebab dah memang senak perut akibat tahan gelak..1,2,3 wakaka..Terburailah isi perut kitaorang tu gelak sampai tak ingat dunia dah siap guling-guling lagi...Memang kelakar giler time tu harap muka je garang tapi takut katak...
Tapi bak kata pepatah 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' tambah-tambah lagi dengan cikgu, dosa woo... Dan disebabkan tu lah kami berempat didenda berjemur tengah panas kat tengah-tengah padang...fuh hitam berkilat time tu, tujuh hari tujuh malam kitaorang mandi susu...
"Hoi Sya!!! sergah Iqin.
"Kau ni apehal? punyalah lama aku panggil sampai nak keluar anak tekak aku ni tau tak!.. Kau boleh pulak buat dunno jer..."
"Hah! yeke? sory-sory aku tak perasan tadi." Sya tayang muka tak bersalah.
Iqin menjegilkan matanya.. Biar betol budak ni, punyalah kuat aku panggil tadi rase-rase adalah dalam 1km punya jarak orang boleh dengar.. Buktinya budak-budak yang duduk kat laman bestari yang jaraknya punyalah jauh dari kitaorang pun boleh duk tertoleh-toleh tengok aku panggil si Sya ni yang kentut pun boleh dengar, mane tak dengar cuma dua langkah jer jaraknya dengan aku...
"Ish..Kau ni ada masalah telinga ker? kalau ada baik kau pegi hospital buat check up cepat-cepat risau aku." Iqin tayang muka tenuk..
"Woi! mulut kau, ni aku nak tanya ada insurans ke tak? meh aku cili sikit mulut kau.."
"Hehe.. Relax r Sya... Tulah aku panggil punya kuat kau tak dengar tu yang aku musykil sikit tu.."
"Ala, Qin aku bukan ape, aku teringat denda kita sebelum cuti sekolah aritu..hehehe kelakar kan?" Sya sengih kambing
Iqin tersengih sendirian bila terkenangkan peristiwa didenda CBR.. Gara-gara nak melancarkan perang katak puru dengan si Peah kerek tu...
Ish.....Iqin ni tadi bukan main duk mengata aku, ni dia pulak yang duk tersengih sorang-sorang macam monyet kat zoo pulak dah aku tengok...hehe sempat lagi kutuk member...
"Woi Qin! sudah-sudah la tu.. Tadi bukan main kau mengata aku, ni kau pulak take over..hahaha" Sya menyakat..
Iqin mencebik...
"Eh Qin!.. Mane perginya Mel dengan Tatty?" Sya melihat sekeliling mencari kelibat kakaknya dan Tatty
"Tulah kau, aku panggil tadi nak bagitahu Mel dengan Tatty pergi tandas diorang suruh kita masuk kelas dulu." Iqin menerangkan niat sebenar dia memanggil Sya yang duk berangan tadi..
"Lorh!! yeke? hehehe.. Dah la jom kita masuk kelas." Sya menarik tangan Qin menuju ke kelas 5sn 1..
1,2,3 i love you....(4)
Posted by StraWBerry_iCe at 7:38 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment