BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

aku dan cinta spagett....(1)

Duduk atas bumbung rumah+kedai hehe nak tahu kenapa aku gelarkan cam tu? mm sebenarnya rumah aku ni kedai tapi da direnovatekan menjadi half restaurant dan half rumah. Restaurant milik keluarga dibawah dan diatasnya dijadikan rumah aku, dimana atasnya ada taman mini untuk kami sekeluarga menikmati pemandangan indah...
Malam-malam ni sambil pekerna hot chocolate best gak...Dia bermonolog sendiri, Nak-nak pulak dengan mug kesayangan aku ni hehe..

Mug ukiran hati itu diletakkan di atas tembok batu, dagu ditongkatkan dengan tangannya, sambil berangan masa depan...

Sesetengah orang cakap, kalau buat permintaan mase tahi bintang jatuh, permintaan kita akan dikabulkan, betul ker? mmm aku sendiri pun tak tahu setakat mana kebenarannya... Tapi alangkah bagusnya kalau betul-betul ada, boleh la aku try.

eh..ape tuh? tahi bintang!!!! uih..boleh buat wish ni.. dengan mata terpejam tangan dirapatkan aku pun buatla wish yang menentukan mase depan aku nanti...mmm aku harap aku dapat memecahkan sumpahan tiga bulan love story aku, dan dapat berjumpa dengan prince carming hatiku, yang betul-betul diutuskan untuk aku oleh Allah satu hari nanti.. yang mencintaiku dengan setulus hatinya..

selesai membuat wish Ann Flueryn Darnisha, menghembuskan nafas lega, namun tanpa disengajakan tangannya tertepis mug kesayangannya lalu jatuh keatas Mazda Rx8 yang kebetulan lalu dihadapan rumahnya..

Berdecit bunyi break ditekan si empunya kereta..Dan dengan sepantas halilintar aku menundukkan kepalaku disebalik tembok, tidak mahu dilihat oleh si pemandu...

prang!!!!
cettttttt!!
berdecit bunyi tayar kerana break mengejut yang dilakukan oleh Adrian Ryzal Hakim kerana ditimpa sesuatu yang tak disangkanya...
ish hantu mana plak yang membuang mug merata ni? nak bagi mampus orang gamaknya?... Diangkatnya kepala memandang atas namun tidak kelihatn sesiapa disitu..

mmm... baik aku blah lagi bagus, kang entah ape pulak yang jatuh, nasib baik mug je kalau durian tadi..... Adrian Ryzal Hakim mengelengkan kepalanya..

Sebaik sahaja kereta tadi meluncur pergi Ann bagun kelegaan.
"Fuh! nasib baik" dan melihat kebawah....."Alamak my favourite mug huhu"... Yang da hancur berkecai

"Perhaps the one i saw is an unlucky star!"




"AD!!.... AD!!...

Bergema suara peminat-peminat di anual new single showcase diadakan bagi melancarkan new single kumpulan Freedom, AD@Adrian Ryzal Hakim adalah vokalis kumpulan Freedom yang digilai ramai, bak kata orang kalau dapat confrim kena rantai la..lebih kurang cam tula kegilaan peminat-peminat fanatiknya...

Ramai peminat-peminat setianya dah berbaris dari awal pagi, semata-mata untuk catch a glimpse of this charming prince, sape lagi kalau bukan AD..

"Wah kita memang sangat bertuah kerana dapat hadiri AD new single kan?" kedengaran suara salah seorang peminat yang terpilih untuk memuatkan mukanya kat t.v sebab showcase ni dibuat secara live...

"yup.. berapa postcard yang awak hantar?" sampuk seorang lagi peminat...

"Untuk mendapatkan tempat di depan line ni, dan untuk menayang muka saya yang cute ni saya hantar 500 postcard".
Sambung minah suka 'Mencapap'@mencari publisiti murahan.

"500? saya hantar 800 tau.. And the good thing is we got drawn.. Kalau tak rugi jer"

"oh please,! everything we do for AD is worth it" seorang lagi bersuara.

"yes! yes! Its a good thing we came to line up at 5 am. Kalau tak jangan mimpilah kita nak dapat tempat kat depan ni mesti dah disambar orang punya".. seorang lagi

"Yes, for AD i'm wiling to do anything" sampuk sorang lagi pulak..


Showcase hari ni, selain melancarkan new single, orang ramai lebih mengambil berat tentang mysterious guest. Ramai yang berteka teki tentang tetamu misteri ini. siapakah gerangannya..
Kemungkinan tentang teman wanita AD menduduki rangking yang teratas buat masa ni, yang merupakan teman AD semasa kecil lagi iaitu Rita..
Pintu dewan dibuka dan peminat berpusu-pusu masuk kedalam. Kelihatan stage yang dihias cantik..

AD! AD!
spotlight dihalakan kearah idol masa kini..yang ondway menaiki stage untuk mengadakan persembahan..

AD! AD!...Peminat tak habis-habis menjerit namanya..sampai nak keluar anak tekak..

musik pun dimainkan dan AD dengan tenang memperdengarkan single terbaru kumpulannya, yang terdiri daripada AD sebagai vokalis dan gitar pertama, peter pan drumer, kuman gitar kedua.

Selesai persembahan, Host mengumumkan tentang tetamu misteri yang dijemput khas untuk datang memberi kejutan kepada AD..

AD tersentak denagn kenyataan yang diutarakan oleh si host, sedangkan dia tak tahu pape.. Dengan muka yang di control macho+terkezut dia tenang menunggu ketibaan tetamu misteri itu..

Rita melangkah masuk dengan sejambak bunga, automatik spotlight diarahkan kepadanya..

Riak muka AD berubah kepada dicontrol kepada betul-betul happy dengan kedatangan Rita..

Rita menghampiri dan mengucapkan tahniah, AD lantas memeluk Rita. Ternyata kehadiran Rita sangat dinantikan Olehnya..

Namun kedatangan seseorang yang membawa Rita pergi, mengundang kegusaran dalam diri AD, tentang kemungkinan Rita sudah beralih arah menjadi kenyataan bila Rita dengan rela mengikutnya pergi.. tapi sebelum pergi Rita sempat mengucapkan Kata maaf yang difahami AD melalui gerakkan bibir..

memories fill the room..
our dwelling
entraps me as i smile no more and drink no more
alone as one person suddenly absent minded
in the state of love no one is inhabiting
memories distract my foot steps
hindering the way out......
...........

AD meneruskan persembahannya...



0 comments: