BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

1,2,3 I love you....5

Aduh....gler lama diorang ni pergi toilet...
Sha resah ditempat duduknya.. Sudah hampir satu jam Mel dan Tatty pergi ke toilet namum bayang mereka masih tidak kelihatan masuk ke kelas.. Subject cikgu Jamilah pown sudah hampir sampai ke penghujungnya.... Iqin di sebelah di toleh sepintas ternyata Iqin juga sedang memandangnya dengan penuh tanda tanya... Mereka mempunyai fikiran yang sama iaitu sedang memikirkan kemungkinan yang berlaku.........


Sementara di toilet Tatty dah jenuh menunggu Mel yang masih belum keluar- keluar lagi dari dalam toilet, ish ape la yang dibuat si Mel ni dalam toilet ni lama-lama berak batu ke ape ni!... Dah nak masuk sejam da ni aku punya lutut pon da nak tercabut ni dari tadi duk berdiri kat depan toilet ni dari tadi...Ni kalau ada pertandingan pilihan Tugu Negara dah confrim-confrim aku menang....


"Wei Qin!! ape diorang buat lama sangat ni?" Sya dah tak nyempat-nyempat bertanya setelah Puan Jamilah melangkah keluar dari kelas 5n1.

"Ntahla wei aku rrase cam tak sedap ati je ni.. Jom g tengok pe budak dua ekor tu buat lame sangat kat toilet tu!" Iqin terus tarik tangan Sya keluar dan tempat yang dituju ape lagi toilet la.......

Ishhhhhh... woi Mel!!! Tatty da nak meletup da, " ko buat ape ni lama sangat kat dalam tu tidor ke?" Tatty da menjerit dari luar

"Woi!!"
sapa Iqin dan Sya serentak dengan volume yang maha kuat.. Ishh budak dua ekor ni nak jatuh jantung aku suare punyala kuat giler ganas betul la...Tatty mengata dalam hati jela...

"Hah, korang nak ape?" dengan muka blur Tatty bertanya

Sya dan Iqin pandang satu sama lain tiga saat

"Lorh! kami datang nak main bola!" jawab mereka serentak.

"Wei pe jadahnya main bola kat toilet pulak? Sekolah kita ni da tak de padang ke korang nak main bola kat sini?" Tatty pamer muka bengang.

"Hah tau pon kau! dah lagi mau tanya buat ape?" "kami datang nak spot check korang la ape yang lama sangat korang buat kat toilet ni? nak tidor dalam ni ker?"
tambah Iqin...

"Haah, ni mana pulak kakak aku?" Sya bertanya apabila dilihat kakaknya tak de di situ.

"Ni, yang aku duk geram ni, dari tadi aku duk tunggu dia la, tak keluar-keluar lagi.... Berak konkrit kut dia ni..." Tatty menjawab.

"Laaa ko ni da tau lama asal yang ko tak masuk ketuk je pintu tu? ni tak sanggup ko tunggu terpacak kat sini. awat nak masuk pertandingan Tugu Tandas sedunia ker?"

hahahahahaha.....selesai Iqin menuturkan kata, Sya dan Iqin terus menghamburkan ketawa jahat diorang tuh...

"Walaweyh ni da lebih ni, aku ketuk dengan kasut saiz tujuh ni karang, bisu terus!!.. Aku memang nak masuk la ni tapi da korang men terjah je tadi tu yang aku reverse balik kepala aku tu."

"Da jom kita masuk sama-sama.." Ajak Sya

Dan, "Mel!!!!!!!"
mereka bertiga terus masuk dan tergamam bila melihat Mel yang dah terbaring di lantai.. Mereka terus mendekati Mel yang tidak sedarkan diri.

"Mel!! Mel!!" Sya cuba memanggil kakaknya namun tiada reaksi yang ditunjukkan, muka masing-masing da cemas giler...

"Tatty! kau pergi bagitahu cikgu Bahtiar". Arah Iqin..Sementara Sya memangku kepala kakaknya..

Air mata da bertakung di tubir mata, Sya tak dapat bayangkan ape yang terjadi kepada kakaknya.. Saat dia melihat kakaknya terbaring tidak sedarkan diri tadi, dia rasa separuh dari nyawanya terbang, mahu tergolek di situ jugak namun digagahkan juga langkah menghampiri kakaknya,
Sya dan Mel tidak pernah terpisah, segalanya dilalui mereka berdua dari kecil hinggalah saat ini. Diusap kepala kakaknya mengharapkan tiada yang buruk berlaku keatas kakaknya.

Iqin yang melihat merasa terharu.. mengusap lembut belakang Sya.. Dia pon berasa sedih dengan ape yang berlaku..
"Sabar la Sya, Mel tak ape-ape ni! Iqin cuba mententeramkan Sya". Dia sendiri hairan kenapa Mel boleh terbaring di sini sedangkan tadi Mel kelihatan ok saje...

"Ishhh mana la si Tatty ni pergi lama sangat panggil cikgu ni!" Iqin bersungut.

"Adoi mana pulak CBR ni? jenuh da aku cari tapi tak jumpa, selalu tu tak payah cari dia da terpacul depan mata.." Tatty duk membebel sambil mulutnya terkumat-kamit dah macam orang baca jampi serapah gayanya.

Dalam duk terkumat-kamit tu tanpa sedar dia terlanggar seseorang..
"Buk!"
"Adoi, sakitnya.."
"Sedap?"
eh nila soalan yang aku rase paling bodoh di alam semesta ni, boleh plak tanya sakit ke tak?
"Sakit la siot!" Tatty mendongak memandang manusia yang telah melanggarnya@ dia yang langgar sebenarnya..

"Eh awak!"
Danish hanya tersenyum sumbing..
"Ape yang awak duk membebel dari tadi saya tengok herot petot mulut awak, jampi ape yang awak baca?"

"Weyh, ingat saya ni nenek kebayan ke nak jampi-jampi, saya tengah cari cikgu Bahtiar la... Yang awak buat pe kat sini? rasenya awak bukan sekolah di sini kan?"
Hairan melihat Danish di sekolahnya, setahu Tatty Danish bukan dari sekolah ini semua pelajar sekolah ini dia kenal maklumla kaki mengukur bangunan sekolah la katakan.

Danish melemparkan senyuman manisnya...
"Ai, macam ni ker awak sambut pelajar baru sekolah awak?"

"Hah!! biar betul ni?" mulut dah membentuk O.
"Kok, ye pon terkejut janganla buka mulut besar sangat...hehehehe"
"Saya baru je pindah ke sekolah ni dengan kawan-kawan saya diorang semua kat bilik cikgu Bahtiar, buat pendaftaran dan diberi penerangan tentang peraturan sekolah, owh ye ni kawan saya Qal,..Kitaorang keluar kejap nak pergi tandas, by the way awak cari cikgu Bahtiar buat ape?"

"Owh! budak baru.....Wait cikgu..Tandas...owh gosh..Mel!!!!!"
Danish yang duk tersenyum tadi terus kaget melihat Tatty yang tiba-tiba berubah pucat..

"Eh awak kenapa ni?"
"Awak kena tolong saya, kawan saya pengsan kat tandas, saya cari cikgu nak bagitahu perkara nila, tapi sebab terkezut jumpa awak terus lupa...Matila saya" Tatty menerangkan duduk perkara sebenarnya..

Tanpa membuang masa Tatty terus menarik tangan Danish mengekorinya ke tandas dilihat Iqin dan Sya masih memangku Mel yang tidak sedarkan diri...

Danish dan Qal menunggu diluar sementara Tatty masuk ke dalam, melihat keadaan Mel yang masih tidak sedarkan diri dia terus memanggil Danish dan Qal supaya masuk ke dalam...

Dengan selambanya Qal dan Danish masuk, fuh first time masuk ni beb, lawa gak tandas perempuan ni..perh sempat lagi diorang mengobserve keadaan sekeliling..

"Weyh Tatty!! ni malaun mana pulak ko bawak ni? aku suruh kau pergi panggil cikgu la.. yang kau pergi panggil diorang ni sape suruh kenal ponnnn.... "

"Selamatkan orang dulu baru, soal jawab lepas ni," Qal menyampuk sebelum sempat Iqin menyudahkan ayatnya...

Dan dengan gentalmennya Qal mendukung Mel, tindakan reflexnya membuatkan semua yang ada disitu tergamam...

"Hah! yang duk tercegat kat situ buat pe lagi cepatlah kita hantar kawan awak ni pergi hospital dulu." sergah Qal bila dilihatnya semua yang ada kaku di tempat masing-masing.

"Sepantas kilat mereka semua mengekor Qal ke keretanya, Sya memangku kakaknya di dalam kereta Qal. Sementara Iqin dan Tatty mengikut Danish.









0 comments: