Suasana didalam kelas riuh rendah mengalahkan suasana kat pasar borong selayang....si Shukor@Mat kot ketua kelas tengah sedap melayan mimpi di tempat duduknya dibelakang...
Amboi-amboi si Mat kot ni lebih kuah dari sudu pulak dia, dia yang diharap jaga kelas dia yang tak boleh diharap sangat..ish aku tak taula macam mana cikgu boleh pilih dia jadi ketua kelas kitaorang dulu,mmm maybe sebab dia yang paling besar kot jadi budak-budak dalam kelas akan takut kat dia........mmm sorry la aku nak takut dengan badak sekor ni..tengok tu dia boleh sedap membuta kat belakang time cikgu tak ada... tak boleh jadi ni aku sebagai penolong kena bertindak mensettle down kan kawan-kawan aku semua ni yang dah macam peniaga ikan, sayur yang terpekik-pekik menpromosikan perniagaan mereka....
Dan idea baik lagi mulia ni dimulakan dengan Bismillah...
"syruuuuh.........."
Air segayung dengan selamatnya mendarat kat atas Mat kot yang sedang lena dengan nyenyak terus bangun keluar kelas......
Aku yang tengah pengang gayung ni terkelu sekejap dengan tindakan si Mat Kot ni...
"weyh...weyh!! kau nak pergi mana ni?" isshhh dia ni buat risau aku pulak takkan baru kena siram dah jadi tak betul kot..ish confius aku dengan budak sorang ni...
Mat kot yang nak melangkah keluar terus menoleh dengan mata yang masih tak berapa nak bukak tu terus menjawab...
"Nak pergi angkat kain mak... hujan!"
"Hah??????"
ternganga sekejap mulut aku...pastu tutup balik takut lalat masuk...
Dan dengan automatik fantastatik dan bombastiknya seisi kelas tingkatan 3 cekal mencetuskan gelak yang maha hebat rase-rase cam nak runtuh gakla banggunan sekolah ni... Dan aku pon ape lagi....
"wakakakakakaka....." sampai nak terguling-guling aku gelak....
perasan dengan suasana bising itu Mat Kot mencelikkan matanya dan hairan dengan keadaannya yang basah dan kelas yang dah macam menonton rancangan raja lawak je gayanya... yang pembantu aku pon satu dia yang lebih kuat gelak sampai terguling-guling....ape yang jadi???????
"Weyh!!!!!" Mat Kot mensettle downkan keadaan.. "pe yang jadi weyh, tadi hujan ker? pesal pulak aku je yang basah korang tak pon?" tanya Mat Kot sambil mengaru-garu kepalanya yang tak berapa gatal tu....
"hahaha...weyh ang tak tau ker pe yang jadi?" Dalam duk masih gelak-gelak tu aku masih lagi boleh gi tanya si Mat Kot tu...kot-kot dia lupa ingatan ker....
"Tak nape?" Mat kot buat muka blur...eh sekejap tadi bukan ke aku tengah tidur kat tempat aku ni pesal aku boleh berdiri kat sini.... fikir punya fikir nak dijadikan cerita dia terpandang gayung kat tangan si Nazira, penolong yang selalu tolong buat trouble dalam kelas.......gayaung..basah....
"Hoi!!!!!! zira tak guna ang..."
dan tanpa membuang masa dengan pantasnya dia berlari keluar ikut pintu belakang, sebelum Duan mengamuk dengan lebih ganasnya...setelah mendapat kembali ingatannya.....
"Hoi! Tunggu ang Zira aku kejar ang sampai hujung dunia, suka suki je ang siram aku" Mat Kot terus mengejar Zira dah mula bukak langkah beribu-ribu....
dalam duk men kejar-kejar tulah boleh pulak la aku bertembung dengan sorang manusia ni.. Dan.....
"Bukkk!"
Kami jatuh bersama dengan keadaan dia yang terlentang kat lantai.. Dan aku pulak landing elok je atas dia dengan gayung yang menutup muka dia dan aku yang duk sedap cium bontot gayung tu..memangla malu tahap gaban....
Dari jauh aku dengar si Mat Kot tu tengah duk tergelak-gelak sambil guling-guling kat koridor gaya yang same aku buat kat dia tadi..
Cehhhhh tak guna punya Mat Kot..huhuhu makkkkkkkkk malu giler aku, mana nak sorok ni?...
"Awak!"
Budak lelaki kat bawah dengan muka yang masih bertutup tu bersuara..
"Ya?" aku pon jawablah mak aku cakap, tak baik diam je bila orang panggil so aku dengan semangatnya menjawab...
"Tak nak turun ker? berat lah"
Tu dia ayat dia yang membuatkan aku yang tengah duk mencover cun terus melihat keadaan kami yang masih dalam keadaan dimana aku tengah menghempap dia......mase tu aku rase muka aku dah bertukar-tukar colour dah jadi cam pelangi da aku rase...Dengan pantasnya aku bangun dan mengemaskan keadaan dan menghulur tangan membantu mamat tu untuk bangun sebagai mengcover balik malu aku yang maha la hebat tu dan terus aku blah tanpa memandang muka dia................. malu beb........
"Kelas!!!!!"
Puan Fatimah bersuara selaku guru tingkatan aku....
"Cikgu nak bagitahu yang hari ni kita ada pelajar baru yang berpindah kesini dia akan sekelas dengan kamu semua, Nik mari sini!" panggil cikgu Fatimah dekat seseorang kat tepi pintu..
Dan........
"brrruuuuuu"
Air yang mulanya aman memasuki tekak ku terus terhambur keluar dan terkena muka Aniza. Oleh kerana terkejut yang amat......Mamat tuuuuuu..........
"Lorh kamu ni kenapa Zira? sampai tersembur muka orang ni?" Cikgu Fatimah bertanya...
"T..Tak...de pa..pe Cikgu ada cicak tadi...." Aku mengcover darah gemuruh
"Haah cikgu cicak besar" Sampuk Mat Kot dan Pizi bila depa da kenal pasti ape yang membuatkan Zira berkelakuan demikian. Dia melemparkan senyum Mr.Devilnya...
ceh tak guna punya Mat Kot ngan Pizi...giler jahat punya senyum...
"mmm sudah la. Nik come and intriduce yourself." Wah Siap speking lagi cikgu Timah ni jangan main-main...
"Hai, My name is Nik Fahmi b. Nik Adli, you all can call me Nik or Fahmi.... I'm from Singapore, come here becoz my dad have to handle his bisness here..and nice to meet you all.."
selesai je mamat tu merapu kat depan semua orang bertepuk tangan... eleh macam la mamat tu Yb. yang diorang ni pun, nak menyambut tak kena gaya betul la....
"Yes, girl at the back...You have something to say?" Nik pandang tiga saat....
"Opocot biawak masuk kain!... Weyh ang ni awat?" ha kan da kuaq ayat keramat aku, yang si bedah ni pahal yang duk siku-siku aku ni...
"Tu! budak baru tu panggil ang.." Muncung dihalakan kearah yang dimaksudkan.
"Hah!" Aku pandang empat saat kat mamat tu, memang pon dia tengah duk tengok aku...
"You have something to share or anything that you want to ask girl?" Ha kan gelabah dari tadi mulut duk herot petot penat aku dok bercerita bukan nak dengar padan muka, da r kena henpap tadi tak sangka betul budak ni harap badan je kecil tapi mak ai berat nak mampuih...Nik duk layan feeling geram dia.
"Haah ada, ang ni baru balik london ka? awat kat singapore tu tak dak orang cakap melayu? dari tadi duk ponpang-ponpang cakap english,dalam kelas ni bukan da foreigner pon so tak yah susah-susah..." Ha tu dia ayat aku, suka sangat nak cari pasal sapa suruh..
Erk...
"mmm dala Nik takyah nak layan sangat Zira ni, dah pi duduk tempat awak... Saya nak mula mengajar...Cikgu Fatimah menyampuk..Zira kalau da mula payah plak dia nak berhenti...
Tula first peristiwa camner aku kenal ngan si Nik ni...Giler otai tak otai aku masa tu, tapi pas tu aku ngan dia kamceng giler pi mana pon together-gether you... sampai orang cop kitaorang ni macam belangkas, tapi mase tu kan kami kecik lagi so tak main r cintan cintun ni semua buat bodo je.... yela time tu kitaorang boleh lagi pi main dalam bendang segala sampai kena hambat ngan tok aku la..hehehe
Tapi tu kira orait lagi kena ngan tok aku, da sekali tu aku, Nik,Shukor,Pizi main polis entry sebab aku nak senapang cam diorang, senapang kudus sitiga suku tu aku tibai mahu keliling kampung dia kejar aku...perhhhh giler penat aku lari sungguh pon si kudus ni kureng tapi dia lari perh..macam nak masuk sukan olimpik laju giler...Bukan aku je yang kena kejar ngan si kudus tu abis aku tarik sekali Mat kot,Pizi ngan Nik sama last-last semua terjun parit...pas tu telinga aku kena tadah la dengar tazkirah tiga orang pak haji kat depan aku ni duk pot pet pot pet.....
Tu belom kira bab kitaorang main fire extinguisher...habis putih lantai sekolah tu dek kerana kepakaran aku, yang semulajadi bikin problem.. masa tu memang ketaq habis kami sampai pi menyorok kat bawah tangga tapi last-last sampai gak kat pengetahuan cikgu... tapi oleh kerana aku ni kan murid kesayangan cikgu faizal so kes tu kira settle dengan syarat kami kena bersihkan lantai sekolah yang putih ke warna asal..fuhhhh memang time tu aku tobat da tak mau main da benda alah tu serikkkkk beb...
tapi yang sedihnya bila abah dapat naik pangkat jadi penerbit kat RTM so aku sekeluarga kena pindah...memang r aku touching giler sebab nak tinggal member-member aku semua tapi nak buat macam mana da abah dapat naik pangkat alhamdullillha la kan...
Sehari sebelum aku nak berangkat, Aku ngan geng aku buat perjumpaan tergempar, amik gambar buat kenangan terindah...lepas pada tu aku kami da tak jumpa, Last aku dengar lepas aku sekeluarga pindah ke kuala lumpur, Nik pon pindah ke Johor pas tu aku langsung tak da khabar berita tentang dia...mmmm rindu giler aku............
sekarang ni cuma ada aku,shukor dan pizi je yang masih boleh dikatakan da la jugak kitaorang jumpa, tu pon mase aku balik raya kat kampung...Tulah kisah aku dan dia zaman sekolah.......
kisah aku dan dia zaman sekolah......
Posted by StraWBerry_iCe at 5:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment